Search This Blog

Tuesday 28 February 2012

Limmina Plus


Limmina Plus (70 kapsul)
MAL20012952T
Mulakan hari anda dengan Limmina Plus yang membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga. Digunakan secara tradisional untuk membantu memecahkan lemak dalam badan, membersihkan usus, melawaskan sistem pembuangan air besar dan membantu menurunkan berat badan.

KEISTIMEWAAN :

Membantu penghadaman.
Membantu melawaskan pembuangan air besar  

Mengurangkan berat badan.
Membantu membersihkan usus.
CARA PENGGUNAAN:

- Ambil 2-4 kapsul sebelum tidur (bagi berat badan 59kg dan ke bawah)
- Minum banyak air bagi membantu proses penyingkiran.



harga SeUnit (kotak): RM48.00 
azizah.dnavechee facebook

Monday 27 February 2012

Aiedil™ (290gme)
RM56.00
Mengandungi lebih dari 9 jenis Makanan Terbaik Dunia!!
Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih.

Nabi S.A.W pernah bersabda:
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning) menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


KEISTIMEWAAN :

Membantu peningkatan stamina.
Membantu sistem penghadaman.
Mengawal bentuk badan.
Mencerdaskan minda dan peningkatan IQ.
Meransang kecantikan kulit.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi kulit bermasalah.
Menenangkan fikiran & menghilangkan keletihan.
Menyembukan luka-luka dalaman dan luaran dengan cepat.
Sangat baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin.


CARA PENGGUNAAN:

- Untuk kegunaan kecantikan dan kesihatan dicadangkan terus diminum ATAU dicairkan dengan air suam.
- 2 sudu besar, 2 kali sehar\

azizah.dnavechee facebook
Lasindah™ Cafe
( D'Navechee ) 
harga SeUnit (kotak): RM28.80 

Lasindah™ Cafe (15 sachet)
Minuman berkhasihat untuk sehari-harian. Lasindah™ Cafe adalah minuman berkhasiat yang bukan sekadar kopi. Selain daripada kenakan dan kesegarannya ia berbeza dan mempunyai lebih potensi berbanding yang lain. Diperbuat dari biji kopi yang diimport dan dicampur dengan beras yis merah hasil dari fermentasi beras kering serta fiber yang digunakan secara tradisional untuk kecantikan dan kesihatan.


KEISTIMEWAAN :

Meningkatkan kesihatan dalaman.
Mengempiskan perut.
Mengimbangi berat badan.
Meningkatkan Stamina.
Memelihara Kecantikan kulit.
Membantu sistem penghadaman.
Mengeratkan hubungan suami isteri.
CARA HIDANGAN:

- Tuangkan satu sachet Lasindah™ Cafe ke dalam secawan air panas (150ml-180ml), kacau dan hidangkan.

azizah.dnavechee facebook
Secret Qhuros 
by D'Navechee Beauty...

Secret Qhuros adalah rumusan biji kopi & herba2 terpilih yg dihasilkan untuk mengatasi masalah2 seperti berikut :
*membantu mengatasi masalah BERAT BADAN
*meningkatkan kecergasan & merapatkan hubungan suami isteri
*membantu mendapatkan rambut yg sihat
*membantu memulihkan masalah dalaman wanita
*membantu mengatasi masalah sakit sendi
*membantu mengatasi masalah resdung
*membantu menguatkan sistem ketahanan badan
*membantu meningkatkan daya ingatan
*membantu meningkatkan daya ketahanan hormon
*membantu memberikan kualiti tidur yg lebih lena
*membantu sistem pelawasan & pencernaan
*membantu melancarkan air susu ibu
*membantu menambahkan nutrisi pada ibu hamil
*membantu menganjalkan kulit
*membantu mengatasi masalah alahan kulit
*membantu melegakan simpton pre-menstrual
*Aroma Secret Qhuros membantu mengurangkan tekanan

harga : RM150 sahaja

TESTIMONI PENGGUNA SECRET QHUROS

(MASALAH BERAT BADAN)
Sebelum ini saya sedih & malu dgn masalah berat badan yg tidak berkesudahan. Walaupun telah mencuba pelbagai jenis produk namun semuanya tidak berhasil. Sungguh mengujakan selepas SEBULAN MENGGUNAKAN SECRET QHUROS secara sistematik, berat badan sy mulai turun & tidak mustahil berat badan idaman bakal sy miliki tidak lama lagi. Selain itu juga sistem pelawasan sy menjadi stabil, kesihatan saya menjadi lebih baik & ini menjadikan kehidupan sy lebih bermakna..PUAN NUR - SHAH ALAM

SEBELUM 72KG
SELEPAS 60KG
(PENGURANGAN -12KG!)

azizah.dnavechee facebook
D’N~HAns™ (15 sachet)
D'N~HAns Gold adalah ganungan bahan-bahan semulajadi mewah seperti polysakarida,Stem Cell, Vitamin C, Vitamin E, Collagen dan buah-buahan terpilih yang membantu melindungi dan mempertahankan kulit anda dari kerosakan persekitaran seperti sinar UV, bintik hitam, pigmentasi, dan penuaan pra-matang kulit, menjadikan kulit anda muda dan sihat. Remajakan kulit anda dan miliki kesihatan yang berpanjangan dengan D'N~HAns Gold.

KEISTIMEWAAN :

  •  Menganjalkan kulit.
  •  Meremajakan kulit.
  •  Mengecilkan pori-pori terbuka. 
  • Membantu mengurangkan kedutan halus.
  •  Meningkatkan daya pencerahan kulit. 
  • Mengurangkan masalah jeragat.
  • Mengurangkan masalah jeragat. 
  • Masalah kuku dan tumit pecah.
  •  Masalahlukaluaran / dalaman.
  •  Membantu mengatasi masalah gastrik.
  • Mengurangkan masalah bersin.
  • Mengatasimasalah kesukaran tidur.
  • Membantu mengatasi masalah kerap demam. 
  • Membantu mengatasi masalah lemah badan.
  •  Meningkatkan sistem imunisasi badan. 
  • Sesuai untuk wanita bersalin
Harga-RM89.00
azizah.dnavechee facebook
 IQ Pro

KELEBIHAN DAN KHASIAT IQ PRO:

  • Membantu meningkatkan daya ingatan,merangsang tahap kecerdasan minda dan kosentrasi.
  • Membantu memperbaiki sistem perjalanan darah.
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu membekalkan tenaga yang diperlukan dalam badan untuk pemulihan sel serta tumbesaran dan fungsi organ dalaman.
TESTIMONI
ANIS NABIHAH-16TAHUN-SMK(A) Syarifah Rodziah
Pada mulanya, result PMR saya semakin merosot. Ibu saya memberi ubat sampingan IQ Pro kepada saya. Sekarang Alhamdullilah result saya 8A 1B.
Harga-RM78.00



FAISAL | D'NAVECHEE

Faisal - Makanan Tambahan Kecemerlangan Kesihatan & Peningkatan IQ

Makanan berfungsi semulajadi Faisal adalah satu hadiah kecemerlangan kesihatan & utk peningkatan IQ serta tumbesaran kanak2. Sesuai utk semua peringkat umur.

Keistimewaan:
*mencerdaskan minda
*menguatkan daya ingatan
*menambahkan daya kreativiti
*menambah daya tenaga mental
*memberi ketenangan fikiran
*mengatasi masalah stress
*mengatasi masalah hyperaktif
*membantu melancarkan pertuturan

Kandungan : Remedy Tunggal Homeopati Kali Phos

Testimoni
Puan Hamidah
Ibu kepada Mohd Syafik (4tahun)'

Selepas sebulan mengambil Faisal anak saya telah mula menunjukkan perubahan yg positif. Syafiq lebih petah, lebih berminat membaca buku & memudahkan saya mendidiknya. Dia kini menjadi semakin bijak, kreatif & berkeyakinan dalam setiap tingkah lakunya & sentiasa ceria.

'Harga : RM66.00 (100 tablets)







JAMAECA SECRET JUIZE
Minuman kesihatan yg mengandungi Puri Strawberry & Yis Beras Merah yg mempunyai kuasa penyembuhan yg luarbiasa. Yis Beras Merah mengandungi sebatian Monacollins yg berkesan MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL dan lain2 penyakit jantung yg berpunca daripada tahap kolesterol yg tinggi. 

Testimoni
1- Puan Kartika (Masalah sesak nafas)Saya kerap mengalami masalah sesak nafas yg teruk. Apabila berada di dalam situasi kesukaran bernafas membuatkan saya berasa takut. Suatu hari ketika sedang berehat, tiba2 saya berasa sukar utk bernafas. Pelbagai cara telah saya cuba namun gagal sehingga saya teringat kepada Jamaeca Secret Juize produk baru keluaran D'Navechee. Saya meminta suami membancuh Juize Jamaeca & Alhamdulillah hanya 2 teguk, pernafasan saya kembali normal. Saya berasa amat gembira kerana selepas mengamalkan Jamaeca sy tidak lagi mengalami masalah tersebut.

2- Encik Azmi
(Masalah Gout)
Saya mengalami masalah gout sudah hampir 16 tahun. Seperti mana yg diketahui, org yg mempunyai penyakit gout tidak boleh mengambil makanan laut, tetapi sy telah tersilap makan & menyebabkan sendi terutama di bhgn buku lali telah membengkak & sakitnya teramat sangat sehingga saya tidak boleh tidur. Saya telah diperkenalkan dgn Juize Jamaeca & setelah setengah jam meminumnya kesakitan kaki sy berkurangan & dlm masa 1 minggu bengkak di lutut juga telah surut.

KEISTIMEWAAN
*Membantu melegakan penyakit yg melibatkan jantung & saluran darah yg menyebabkan penyakit stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi & tekanan darah tinggi.
*membantu melembutkan saluran darah yg boleh menyekat pengaliran darah ke otak yg mengakibatkan sakit bahu, letih, kebas, pitam, tangan & kaki berasa sejuk, sakit kepala, mata kelabu & sesak nafas.
*membantu melembutkan & melancarkan peredaran darah agar dpt membekalkan oksigen & nutrient ke jantung & organ2 lain.
*mencantikkan kulit & melambatkan proses penuaan dgn keberkesanan antioksida.
*mengurangkan kolesterol dalam darah
*menguatkan jantung
*membantu melawaskan sistem penghadaman.


Harga : RM155.00
 


ANUGERAH WANITA IKON 2008


Anugerah Wanita Ikon 2008PDFCetakE-mail
Ehsan Utusan 25/01/2009  - KUALA LUMPUR 24 Jan. – Datuk Azlina Che Abdullah, 42, dinobatkan malam ini sebagai Wanita Ikon 2008 selepas memenuhi ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi dan memberi sumbangan besar kepada golongan itu di negara itu.Azlina menewaskan tujuh finalis lain dalam anugerah anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Pemilihan beliau dibuat oleh lima juri profesional terdiri daripada tokoh dan pemimpin wanita.
Dengan penganugerahan sebagai Wanita Ikon 2008, Pengarah Urusan D’Navechee Beauty Sdn. Bhd. tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan Jakel dan trofi tajaan Langkawi Crystal.
Azlina juga memenangi pakej percutian ke Perth, Australia bernilai RM5,000 tajaan Utusan Travel & Tours.
Hadiah lain yang dimenanginya ialah pakej dandanan untuk tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper kecantikan bernilai RM500 tajaan Loreal serta langganan setahun majalah Wanita.
Beliau menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada Majlis Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2008 anjuran Kumpulan Utusan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya, Badrul Azhar Abdul Rahman.
Pada majlis penuh gemilang itu, Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, 41, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One (1901) pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Dinamik 2008.
Manakala Che Mona Din, 43, Pengarah Urusan Leesa Formula pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Waja 2008.
Mereka berdua masing-masing memenangi wang tunai RM4,000, trofi tajaan Langkawi Crystal, pakej dandanan tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper bernilai RM500 tajaan Loreal dan langganan setahun majalah Wanita.
Lima finalis lain ialah Pengarah RZ Motivation (Zhulian), Dr. Rosnani Sabtu, 45, Pengarah Urusan Idaman Pharma, Farshila Emran, 42; Pengarah Urusan NK Laboratories, Norazah Khamis, 43; Presiden Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md. Noor, 38; dan Pengarah Eksekutif Berani Guard, Saliza Abdullah, 31.
Dalam pada itu, juri-juri juga sebulat suara menobatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2008.
Pemilihan Rafidah dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan ekonomi negara dan pembangunan wanita serta penglibatan cemerlangnya dalam arena politik tanah air.
Majlis Anugerah Wanita Ikon 2008 mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani.
Penyanyi Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain turut menyerikan majlis tersebut dengan persembahan nyanyian mereka.
Sementara itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya pada majlis itu berkata, Anugerah Wanita Ikon dianjurkan untuk mencari seseorang wanita berjaya yang boleh dijadikan contoh dan pemangkin kejayaan wanita lain.
“Anugerah eksklusif iaitu Wanita Ikon ini hanya diberi kepada wanita yang layak digelar ikon kepada masyarakat khususnya golongan wanita.
“Calon yang terpilih mestilah menepati ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi, berpersonaliti menarik, berkeperibadian

Lampiran Berikut Merupakan Sumbangan Dari Majalah Wanita 2008 














D'NAVECHEE TEROKAI PASARAN ANTARABANGSA


SEJARAH D'NAVECHEE

SejarahPDFCetakE-mail

DATO’ AZLINA BT. HJ. CHE ABDULLAH USAHAWAN BERKALIBER

Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah, bukanlah satu nama baru dalam bidang keusahawanan. Malah nama beliau cukup dikenali bukan sahaja sebagai usahawanita yang berjaya tetapi juga pengasas produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd. Dato Azlina bukan sahaja menerajui syarikat D’Navechee malahan beliau juga menerajui belasan syarikat dalam pelbagai bidang. Selama hampir 10 tahun menceburi bidang perniagaan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi hari ini turut meletakkan nama beliau di antara jutawan tanah air.

PENGALAMAN HIDUP

Melihatkan pengorbanan dan kesusahan seorang ibu yang membesarkan anak-anak selepas kematian bapanya membuatkan beliau berazam untuk membantu mengurangkan bebanan ibu tersayang telah mendorong beliau untuk berdikari, sekaligus terpaksa melupakan impian untuk menyambung pengajian dan menjadi peguam. Meskipun cita-cita beliau tidak tercapai, namun beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Kerani Am di sebuah firma guaman terkenal di Kota Bharu. Setelah 6 tahun bekerja akhirnya beliau nekad untuk meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan.  Beliau memulakan langkah pertama dengan membuka kedai batik di Pasar Besar Siti Khadijah dan dari saat itulah minat untuk berniaga mula menguasai jiwa dan raganya. Beliau juga pernah pernah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan berpengalaman sebagai ‘trainer’ dan ‘motivator’ dalam bidang keusahawanan bagi beberapa syarikat bumiputera. Tahun 1996, beliau menimba pengalaman dalam sebuah syarikat jualan langsung dengan bermula sebagai pengedar bebas. Pada tahun itu juga beliau mula dapat merasakan yang perniagaan jualan langsung adalah suatu perniagaan yang mempunyai potensi dan mampu memberi perubahan kepada kehidupan mereka yang mahu memulakan sesuatu yang kecil tetapi akhirnya akan menjadi besar.

SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT UTAMA

Berbekalkan pengalaman sebagai pengedar bebas di beberapa buah syarikat MLM yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memberi keadilan kepada pengedar dan pengguna telah membuatkan beliau sepakat dan nekad bersama suami beliau iaitu Dato’ Stapa untuk menubuhkan syarikat pertama iaitu syarikat jualan langsung yang dikenali sebagai De Classic Life (M) Sdn Bhd atau (DCL) pada tahun 1998.
DCL sebuah syarikat yang berorientasikan sistem MLM tulen yang memberi peluang kepada para pengedar untuk mengubah kehidupan dan alhamdulilallah, syarikat beliau telah berjaya menduduki ‘Top 5’ dalam barisan syarikat jualan langsung dan telah melahirkan ratusan ribu pengedar dan puluhan jutawan.

Beliau turut memiliki belasan syarikat di dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan sebagai Pengasas / Pengarah Urusan / Pengarah Kewangan / Pengarah Operasi. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat kumpulannya:

1.    D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
2.    D'Navechee Global Marketing Sdn Bhd
3.    Butik & Spa D'Navechee (M) Sdn Bhd
4.    D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
5.    De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
6.    De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
7.    De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
8.    PT De Classic Life Worldwide Indonesia
9.    PT De Classic Life Worldwide Thailand
10.    PT De Classic Life Indonesia
11.    De Eagle Motivation Centre
12.    Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
13.    Gigatronics (M) Sdn Bhd.
14.    DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
15.    DAS Property & Development Sdn Bhd.
16.    DAS Publishing Sdn. Bhd.

Melalui syarikat-syarikat ini, Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah telah mampu membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, dan masyarakat Islam khususnya. Kejayaan beliau dalam melahirkan ratusan ribu usahawan-usahawan daripada berbagai profesion yang mampu berdikari dan mempunyai kebebasan kewangan. Syarikat beliau juga telah banyak membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan, membina rumahtangga yang lebih bahagia, membantu perkembangan minda anak-anak agar lebih cemerlang dan mengurangkan pengangguran.

Kejayaan yang dikecapi oleh Dato Azlina sering menjadi buruan pihak media dan stesen tv yang ingin menjadikan beliau sebagai idola dalam perniagaan bukan sahaja kepada golongan wanita, malahan turut menjadi idola bagi golongan lelaki yang ingin berjaya sperti beliau. Beliau juga diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan terkemuka Kumpulan Karangkraf dalam Sudut Motivasi di dalam majalah MIDI bagi ruangan ‘Bagaimana Mencipta Kejayaan Bersama’ dan majalah Mingguan Wanita bagi ruangan ‘Minda Wanita’. Syarikat penerbitan iaitu Utusan Karya turut memberi kepercayaan kepada beliau untuk menulis di dalam majalah Wanita bagi ruangan ‘Kearah Keusahawanan Berjaya Bersama Dato Azlina’ dan majalah Harmoni bagi ruangan ‘Motivasi Kejayaan & Jati Diri Bersama Dato Azlina’. Ruangan-ruangan tersebut yang menjurus kepada motivasi, tips-tips mencipta kegemilangan dalam perniagaan dan bagaimana mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan ahli perniagaan yang berjaya telah mendapat tindak balas yang membanggakan daripada pembaca yang inginkan maklumat sedemikian. Selain itu juga Dato Azlina sering dipanggil untuk memberikan ceramah / seminar keusahawanan berkisarkan kejayaan beliau yang menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan mana-mana pinjaman kewangan.
Meskipun beliau berjaya di dalam perniagannya, beliau tidak pernah lupa kepada insan dan golongan yang memerlukan bantuan. Kerja-kerja amal dan kebajikan terus dilakukan bagi membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik.